SAHABAT

ARRAHNU vs PAJAK GADAI KONVENSIONAL


sambungan dari artikel pengenalan ArRahnu..

SENARIO SEMASA

Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:



  • Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
     



  • Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).
     



  • Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal  ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.
     

KELEBIHAN AR-RAHNU

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:



  1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
    Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
     



  2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
    Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
     



  3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
    Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
     



  4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
    Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
     



  5. Caj perkhidmatan Yang Rendah
    Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
     



  6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
    Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
     



  7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
    Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
     



  8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
    Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
     



  9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
    Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

    Ok teman-teman pembaca.. dah faham konsep ArRahnu? Lepas ni kita akan membincangkan pula beberapa ArRahnu yang ade di Malaysia.. Sila ikuti artikel seterusnya.. Wallahualam..

    Untuk pertanyaan lanjut tentang EMAS sila hubungi EDA 012-6253023

    sumber : http://www.arrahnu.org/rahnuadvantage.htm



Pengenalan ARRAHNU

Assalamualaikum teman-teman pembaca..  Sudah tiba masanya saya membincangkan tentang perkara yang sinonim dengan emas.. Pajak Gadai.. memandangkan emas adalah barangan berharga yang mempunyai nilainya yang tinggi dan tersendiri.. tidak bergantungan terus dengan niali matawang, maka  ianya akan dapat di jadikan bahan sandaran dikala memerlukan. Untuk itu, mari kita teruskan bacaan bermula dengan pengenalan ArRahnu.. Sebelum ini ramai orang membicarakan tentang ArRahnu.. Tapi apa itu ArRahnu sebenarnya? Untuk apa? dan bagaimana ianya berfungsi? Mari kita selaminya bersama-sama.. Wallahualam...
Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............."
(Surah al-Muddaththir 74:38)

PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU


  • PENGERTIAN
Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"
H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"
Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman


  • HUKUM
Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)
Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya"
(Riwayat Al-Bukhari)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya"
(Riwayat Tirmidzi)


  • RUKUN
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:


  1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang


  2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman


  3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman


  4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang


  5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

Selepas ini, sila ikuti siri artikel seterusnya yang akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai ArRahnu.. serta pelbagai servis ArRahu yang ade di Malaysia..

Ingin pertanyaan lanjut tentang EMAS sila hubungi EDA 012-6253023

sumber : http://www.arrahnu.org/rahnuadvantage.htm


Dinar Islam sebagai mata wang alternatif

Assalamualaikum semua...

Lama dah saya tak menulis.. mungkin dah berhabuk dan bersawang laman sesawang (website) saya ni.. hehehe... hari ni ade teman bertanya bile nak update blog ni.. (sebenarnya dah beberapa orang bertanya soalan yang sama.. hahahaha) tapi biasala.. jawapan standard, busy.. hehehe.. tapi betul kekawan.. saya agak busy  sejak kebelakangan ni dan x de idea jugak dalam masa yang sama... dalam dok belek n dok search for ilham.. ade cadangan untuk menulis write-up mengenai Saidina Umar Al-khattab.. TQ Hizwan.. even tak seratus peratus mengenai Saidina Umar Al-Khattab.. tapi ade sikit menyentuh mengenai Saidina Umar Al-Khattab.. InsyaAllah lepas ni saya akan produce artikel yg berkisar kepimpinan dan kebijaksanaan beliau..

Ok.. artikel ni saya jumpa mase tengah search for ideas.. jom kita baca artikel ni.. then hayati la betapa sebenarnya emas dan dirham ni sendiri dah diiktiraf di negara kita satu ketika tu.. tapi cuma pelaksanaan je x terlaksana di negara kita lagi.. ape-ape pon.. jom layan

Oleh:KHALID NOORSHAH (Wartawan Utusan)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melakukan satu perkara demi menobatkan Islam serta menjaga kebajikan dan kepentingan umat. Semasa merasmikan Simposium Al-Baraka Ke-20 Mengenai Ekonomi Islam baru-baru ini, beliau mencadangkan supaya dinar Islam yang diperbuat daripada emas dan bukannya kertas, digunakan sebagai mata wang umat Islam di seluruh dunia.
Apabila cadangan ini menjadi kenyataan kelak, ia akan menjadi satu tindakan bijak daripada Dr. Mahathir dalam menyatupadukan umat Islam seluruh dunia dan menangani krisis kewangan yang dicetuskan oleh para penyangak mata wang.
Di samping itu ia juga membuka pintu penyelesaian kepada kemelut umat Islam yang sudah terlalu lama bergumpal dan bergelumang dengan riba, terutamanya dalam hal-hal berkaitan kewangan dan perniagaan.
Beliau juga melihat, untuk melindungi diri daripada menjadi ratahan globalisasi, umat Islam memerlukan pasaran yang menggunakan satu mata wang untuk memanfaatkan kekayaan yang dianugerahi kepada wilayah-wilayah Islam.
Lebih penting lagi, pelaksanaan penggunaan dinar Islam itu dengan sendirinya akan mewujudkan blok perdagangan Islam yang pastinya mencetuskan kerangka baru pasaran Islam dan kewangan Islam di peringkat dunia.
Cadangan beliau itu tentunya merupakan cabaran kepada Pertubuhan Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSO) yang bakal beribu pejabat di sini.
Walaupun secara keseluruhannya, pernyataan Perdana Menteri terhadap dinar Islam itu ialah untuk mengukuhkan bank Islam dan lain-lain institusi kewangan Islam sedia ada, tetapi tidak dapat tidak, beliau membuka ruang baru untuk umat Islam bertindak.
Ketika ramai ahli ekonomi termasuk yang beragama Islam sudah tidak yakin dan beranggapan bahawa emas tidak lagi sesuai sebagai mata wang di zaman moden ini, Perdana Menteri sebaliknya tampak yakin bahawa mata wang emas dinar Islam adalah pengganti sistem wang kertas sekarang.
Sistem kapitalis Barat yang berteraskan riba telah terbukti lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat kepada negara dan umat Islam seluruh dunia.
Siapakah di antara pemimpin Islam semasa yang lebih layak daripada Dr. Mahathir menilai kemungkinan itu? Selama menjadi Perdana Menteri, beliau terpaksa menangani dua kemerosotan ekonomi dan krisis mata wang yang melanda negara.
Setelah sekian lama menggunakan sistem kewangan kapitalis Barat untuk memajukan negara dan bangsa, beliau cukup masak akan buruk baik sistem kewangan kertas yang diamalkan sekarang.
Kefahaman beliau mengenai kepentingan mata wang dan sistem ekonomi dunia sudah pun mekar dalam minda dan hatinya sejak awal tahun 1980-an lagi dan tentunya krisis mata wang Asia 1997 menjadi pemangkin kepada kebenaran kefahaman beliau.
Semasa merasmikan kursus agama anjuran Biro Agama UMNO Malaysia pada 27 November 1981 Dr. Mahathir berkata:
``Sistem kewangan dunia yang digunakan sekarang yang bergantung bukan sahaja kepada penggunaan emas dan perak, tetapi wang kertas dan cek bukanlah daripada sistem Islam.
Dari sistem ini telah wujud sistem bank, penukaran wang, surat-janji, pengadilan janji-janji perdagangan, pelaburan, eksport import, insurans dan lain-lain lagi. Sistem ini menguasai seluruh dunia sehingga kita tidak dapat tidak mesti menggunakannya.''
Ketika mengulas mengenai mata wang kertas selepas negara-negara Asia dilanda krisis kewangan, Dr. Mahathir berkata bahawa mata wang tidak boleh dijual beli kerana ia tiada nilai intrinsik (Stable ringgit seen as key to recovery. The New Straits Times 2 September 1998, salinan wawancara televisyen di alamat Internet http:// straitstimes.asia1.com.sg/klc/klc7_0902.html.
Apabila mempunyai mata wangnya sendiri, umat Islam dan negara-negara Islam akan lebih berdikari malah dapat pula mengurangkan pergantungan mereka kepada kapitalis Amerika, Inggeris dan Eropah.
Cadangan itu juga dibuat setelah masyarakat antarabangsa tidak mempedulikan gesaan Dr. Mahathir supaya dikenakan kawalan kepada pasaran pertukaran wang antarabangsa bagi melindunginya daripada penyangak mata wang.
Di samping itu, beliau juga amat sedar bahawa kekayaan yang disimpan di tangan orang lain tidak memanfaatkan orang Islam sebaliknya kekayaan orang Islam semakin hari semakin terhakis maka masanya sudah sampai untuk orang Islam melindungi kekayaannya sendiri.
Apabila dinar Islam diterima sebagai mata wang berpandukan kepada piawaian berat yang telah pun ditetapkan pada zaman Kalifah Umar al-Khattab r.a maka umat Islam seluruh dunia akan dapat menggunakannya di mana sahaja di wilayah Islam.
Umat Islam tidak perlu lagi menukar dari mata wang kertas negara yang mereka diami kepada mata wang kertas negara lain, di mana sekarang dolar Amerika Syarikat (AS) lazimnya dijadikan mata wang perantara dan menyebabkan nilai mata wang negara lain hilang di atas angin.
Menurut piawaian Umar al-Khattab r.a. berat satu dinar emas ialah 4.25 gram dan berat satu dirham perak pula ialah 3 gram manakala nisbah berat antara dinar dan dirham ialah 7 dinar hendaklah sama beratnya dengan 10 dirham.
Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Masanya akan tiba apabila tidak ada apa pun yang berguna kecuali satu dinar dan satu dirham. (Daripada Msnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).
Pentafsir al-Quran terkemuka, Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat: Wahai orang mukmin, patuhi perintah Allah dan patuhi perintah Rasullullah s.a.w dan mereka yang memerintah ke atas kamu. (Quran 4:,59) berkata, ayat itu merupakan perintah supaya mematuhi sultan berhubung dengan tujuh perkara iaitu penempaan dinar dan dirham, menetapkan timbangan dan ukuran, penghakiman, haji, solat Jumaat dan penetapan Aidilfitri dan Aidiladha serta jihad.
Penempaan dinar dan dirham merupakan tanggungjawab pertama sultan yang memerintah dan mesti pula dipatuhi. Pada muka surat 66 buku Ekonomi Mamluk: Satu Kajian dan terjemahan Al-Maqrizis Ighthah, Muslim dan Abu Dawud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Semoga Allah melindungi dirham dan qafiz Iraq, mudd dan dinar Syria dan irdabb dan dinar Mesir.
Dalam Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun mengaitkan kepentingan dinar emas dan dirham perak kepada perkara-perkara berikut iaitu zakat, perkahwinan dan penghakiman berkaitan hudud.
Cadangan Dr. Mahathir mengenai dinar emas semestinya diberi perhatian berat oleh para ulama. Sebagai pemimpin, Perdana Menteri telah memberi hala tuju untuk menyelamatkan umat Islam dan rakyat dunia ketiga daripada ditipu terus-menerus oleh sistem wang kertas.
Para ulama hendaklah menyokong beliau dan mengetengahkan semua ilmu dan tindakan yang berkaitan untuk memerangi riba. Sekiranya para ulama mengikut hala tuju yang telah ditetapkan maka Islam mengikut al-Quran dan sunah boleh dilaksanakan.
Justeru, amat penting dinar Islam diperkenalkan sebagai mata wang yang menyatupadukan umat Islam seluruh dunia dan menjadi tanggungjawab semua pemimpin Islam dan umat Islam untuk menyokong Dr. Mahathir.
Langkah ini pastinya tidak akan disokong oleh IMF dan Bank Dunia kerana ia akan menggantikan keistimewaan wang kertas terutamanya dolar Amerika Syarikat serta membebaskan umat Islam dan lain-lain rakyat Dunia Ketiga daripada belenggu dan penindasan oleh negara-negara maju.
Pelaksanaan dinar Islam akan menobatkan Dr. Mahathir sebagai seorang tokoh yang tulen memperjuangkan Islam dan umatnya dan bukannya tergolong di kalangan mereka yang memperjuangkan Islam kerana parti ataupun memperjuangkan Islam kerana taksub kepada personaliti.

SALAM EMAS SEMUA!!!

NAK EMAS CALL EDA 012-6253023




Rahsia Nak Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB

Assalamualaikum..


SALAM EMAS SEMUA!!


Sila lihat perbandingan diatas antara kenaikan harga emas dan juga pelaburan ASB untuk 10 tahun.. Lihat carta diatas sahaja kita dah naik syiok kan.. yelah untuk 10 tahun ni emas naik hampir 400% tapi ASB cuma berlegar-legar sekitar 10-14% dan sekarang dividen cuma 7-8% sahaja.. Berbanding kenaikan emas purata 37% untuk setahun.. banyak tu beza : 37%-7% = 30% beza tu!! Tapi melihat carta diatas pun masih ade yang masih ragu-ragu akan fungsi dan nilai emas.. Cuba kita selami selanjutnya.. 

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB melalui agen saya. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : Emas nak jual kat sape? mudah ke prosesnya..

Jawapan No 1:

Sebelum jawab lanjut soalan ni, ulasan saya adalah : sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat di hujung jari, tanya saja pada pakcik google, dia akan bagitau semuanya. So kita boleh dapatkan info yang pelaburan ASB sebenarnya adalah haram, namun diistiharkan Harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halal proses urusniaga dan pelaburannya. Oleh itu, orang kata ndak seribu daya, tak ndak seribu dalih.

Pada saya, bagi yang tahu, kita wajib meninggalkan ASB dan kita pakat push PNB menghalalkan urusniaga ASB ini. Jika kesatuan Islam bergabung dan dengan kekuatan 'suara' MFK, maka kita umat Islam Malaysia boleh mendesak kerajaan dan PNB menghalalkan ASB. Semua pakat diam tak buat apa pastu dok kata kita tak de kuasa. Kita ada kuasa sebenarnya, bila kita semua sepakat ugut nak kuarkan duit ASB, mesti PNB gelabah dan cepat2 amik tindakan sewajarnya. Yang herannya, orang atas kat PNB tu majoritinya semua Islam tapi.....

ok...bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram - RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke publicgold sendiri. rujuk web publicgold utk lihat senarai dealer terkini.jual kat saya aka EDA pon boleh....dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. semudah abc kan??

Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini...
 JOM KAWAN-KAWAN KITA PAKAT KUMPUL EMAS!!
sedutan dari perkongsian ilmu oleh Pn Nurul Huda Ismail http://gold2rich.com

 






Seminar EMAS Dengan Mahaguru Emas Malaysia

Assalamualaikum...

Salam EMAS semua!!

Kalau anda ikuti perkembangan emas di Malaysia tentu anda kenal penulis ebook bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” – Ebook yang memberikan panduan mengenai pelaburan emas dan teknik-teknik membuat keuntungan dengan emas??? Beliau juga merupakan admin Jutawanemas.com... Siape lagi kalau bukan En Syukor bin Hashim atau lebih dikenali sebagai mahaguru@sifu emas!



Kali ini, En Syukor kita nak adakan seminar pasal emas ni..haa..ambil la peluang keEMASan ni untuk berjumpa@bertanya sendiri pasal emas ni secara live pada hari seminar tersebut.
Details tentang seminar tu boleh tgk kat bawah ni..

publicgold_logo2.png

PUBLIC GOLD SEMINAR

SPEAKER:
MAHAGURU SYUKOR BIN HASHIM

Schedule of Public Gold Seminar:

Day
Date
Time
Town
Venue
Thursday
04/03/2010
8pm – 10pm
Bandar Sunway, Selangor
Public Gold Office
Saturday
06/03/2010
8pm – 10pm
Johor Bahru, Johor
Public Gold Master Dealer Office
Monday
08/03/2010
8pm – 10pm
Kota Bahru, Kelantan
Public Gold Office
Tuesday
09/03/2010
8pm – 10pm
Bishop Street, Penang
Public Gold Office
Wednesday
10/03/2010
8pm – 10pm
Ipoh, Perak
Public Gold Office
Thursday
11/03/2010
8pm – 10pm
Bandar Sunway, Selangor
Public Gold Office

Details of Venue:


  • Public Gold Office (Bandar Sunway, Selangor)
    42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
    Mentari Business Park,
    Bandar Sunway,
    46150 Petaling Jaya, Selangor.
    Tel: 03-5634 8999 / 012-708 2916 (Ms. Katrina)
  • Public Gold Master Dealer Office
    49A, Jalan Sulam,
    Taman Sentosa,
    80150 Johor Bahru.
    Tel: 04-261 9999 / 012-429 8916 (Ms. Denise)
  • Public Gold Office (Kota Bahru, Kelantan)
    Tingkat 1, Lot 257,
    Jalan Kebun Sultan,
    15000 Kota Bharu, Kelantan.
    Tel: 09-746 2999 / 017-485 9916 (Mr. Harrison)
  • Public Gold Office (Bishop Street, Penang)
    No. 84, Lebuh Bishop,
    10200 Penang.
    Tel: 04-261 9999 / 012-429 8916 (Ms. Denise)
  • Public Gold Office (Ipoh, Perak)
    No. 45, 45A & 45B,
    Jalan Yang Kalsom,
    30250 Ipoh, Perak.
    Tel: 05-242 8999 / 012-439 8916 (Mr. Kenneth)

** PLEASE CONTACT US FOR SEAT RESERVATION**

So camne kawan2? Ade yang berminat? Ramai? Ah ok ok.. jom kita book tempat. Call saya EDA di 0126253023 untuk tempahan tempat duduk..Mula- mula ingat tak sempat pegi pada 11/03 ni di Bandar Sunway sebab adik ipar nak kawin.. tapi sebab ade kekawan dari shah alam ramai nak turun.. so, InsyaAllah saya pon turun gak.. (Postponed la trip ke Kelantan- lepas seminar baru blk.. hehehe.. Aura emas punya pasal :)) Apa kata, jom kawan2 semua...Semua yang berada di sekitar Lembah Klang dan Sekitar Selangor.. JOM TURUN BANDAR SUNWAY!! mari kita menuntut ilmu dan meramaikan majlis. boleh bawak 1 family atau sabahat2 yang lain...semuanya FREE..yang penting jangan lupa call saya and tempah dulu ek...

JUMPA ANDA DI BANDAR SUNWAY 11 Mac 2010!!

Salam EMAS semua!!

Tambahan utk geng2 di sekitar johor, pontian dan kawasan seumpamanya.. update terbaru.. ade tambahan satu lagi sesi seminar dengan sifu kita di pontian.. details seperti di bawah :


Tarikh: 13 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tghari

Tempat: Anjung Masjid Jamek Pekan Nenas, PONTIAN
Penceramah: En. Syukor Hashim (jutawanemas.com)
Tempat Duduk : banyak..

Bayaran: FREE OF CHARGE

Aktiviti: Seminar Emas " Menyingkap Pelaburan Emas " - En Syukor bin Hashim

Taklimat dari Agrobank tentang Ar Rahnu

Untuk pertanyaan, sila hubungi
017-7675446 atau cikguazrul@gmail.com



Harga Emas 15% Lebih Rendah Di PUBLICJEWELLERY.COM.MY

Assalamualaikum..

Wah! Bestnye.. pasni tak payah bayar upah tukang untuk beli barang kemas aka perhiasan wanita-jewellery..jom layan berita kat bawah..

PUBLIC Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold), syarikat yang menawarkan pelaburan emas dalam bentuk emas fizikal menerusi anak syarikatnya, Public Jewellery menawarkan perkhidmatan pembelian dan penjualan barang kemas pada harga 15 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng, berkata orang ramai yang berminat menjadikan emas sebagai satu daripada sumber pelaburan boleh mendapatkan harga jual beli mengikut harga antarabangsa yang dikemas kini setiap 20 minit. “Kami mampu menawarkan harga belian dan jualan lebih murah kerana semua kos seperti kos upah tukang dan kedai diserap syarikat kerana setiap tempahan, pembelian dan penjualan dilakukan menerusi laman web iaitu www.publicjewellery.com.my. “Justeru, penjualan dan pembelian secara terus kepada pelanggan tanpa melalui pemborong atau orang tengah. Semua aktiviti dilakukan menerusi Internet. “Setiap tempahan tidak dikenakan bayaran dan pembayaran hanya dibuat selepas menerima barang,” katanya pada majlis pelancaran Public Jewellery serta Public Silver di Putrajaya, semalam. – Harian Metro

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PublicGoldtawarhargaemas15_lebihrendah/Article


dah layan berita.. jom kita tengok plak barang2 public jewellery :


Set rantai ngan earing..


pergh!! 1 Dinar..5 Dinar.. 10 Dinar.. berapa Dinar daaa...


Simple.. besar.. n nak lawan mummy jarum ke.. ;)


www.publicjewellery.com.my

for full set jom pi tengok seleksi barang-barang kemas public jewellery di sini..

pastu untuk peminat-peminat logam berharga.. public silver anak syarikat PG ade keluarkan silver bar 1kg.. harga ikut harga semasa gak.. di Public Gold website. ni gambar silver bar


Silver Bar 1kg


dengan sijil ketulenan


selling price di PG website

Jom kita pakat beli EMAS dari EDA..





BUAT RENUNGAN

Abū Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a Dinār (ie, a gold coin) and a Dirham (ie, a silver coin). [This prophecy clearly anticipates the eventual collapse of the fraudulent monetary system now functioning around the world.] (Musnad, Ahmad)