SAHABAT

Selangkah Lagi Dalam Memartabatkan DInar & Dirham

Sokongan Bank Islam Berhad Terhadap Dinar & Dirham

August 17, 2010 19:19 PM

Bank Islam Hanya Tawar Khidmat Penyimpanan Dinar Emas, Mata Wang Dirham

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd, menerusi unitnya, Farihan Corp, hanya menawarkan perkhidmatan penyimpanan mata wang dinar emas/dirham di premis Ar-Rahnu di Kota Baharu dan Pasir Puteh.

Dalam satu kenyataan di sini Selasa, bank itu berkata gadaian mata wang dinar/dirham juga diterima daripada pemilik mata wang dinar-dirham, sama ada daripada Kelantan Golden Trade Sdn Bhd atau orang ramai.

"Pada masa ini, bank tidak menyediakan perkhidmatan akaun simpanan emas atau mengedar mata wang dinar/dirham dalam mana-mana bentuk transaksi," katanya.

Bank itu berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa bank itu bersetuju menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam transaksinya.

Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini melancarkan siling dinar emas dan dirham perak bernilai RM2 juta, kepada orang ramai untuk digunakan sebagai mata wang akternatif di 1,000 kedai di negeri itu.



-- BERNAMA

Kepada yang berminat untuk mula berjinak-jinak dengan emas & perak 
atau kepada yang telah mengumpul emas & perak dan ingin menambah koleksi
Sila hubungi EDA 012-6253023 atau 012-2805481

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham

Kelantan melangkah setapak lagi memartabatkan penggunaan emas dan silver dalam bentuk matawang iaitu Dinar & Dirham.. Alhamdulillah.. Perjalanan yang tidak mudah tetapi dengan langkah kecil yang diorak secara berdikit-dikit mula menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.. Dengan pelancarannya yang bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak moga usaha kita diberkati Allah S.W.T. Amin..


Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham
Salmah Mat Husain   

KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).
Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.
Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.
Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.




sumber : Harakah Daily

Kepada yang berminat untuk mula berjinak-jinak dengan emas & perak 
atau kepada yang telah mengumpul emas & perak dan ingin menambah koleksi
Sila hubungi EDA 012-6253023 atau 012-2805481

KETIBAAN RAMADHAN AL MUBARAK

SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK YANG BAKAL MENJELMA..

KAMI DI EDA EMAS DENGAN RENDAH HATINYA MENYUSUN JARI :

MEMOHON MAAF ATAS SALAH DAN SILAP... AKAN DIRI INI TIDAK SEMPURNA.. HANYA INSAN KERDIL..
 
MENDOAKAN TEMAN2 AGAR KITA BEROLEH TAUFIK DAN HIDAYAH 

MENDOAKAN AGAR KITA SAMA2 BEROLEH AMALAN YANG SEMPURNA 
 &
SEMOGA KITA DAPAT 'MENGEJAR' MALAM LAILATUL QADAR HENDAKNYA.. 

AMIN....

DISAMPING ITU.. DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON KE HADRAT ILAHI MOGA KITA INI (LEBIH-LEBIH LAGI DIRI INI YANG LEMAH) AGAR BERDIRI KUAT MEMPERJUANGKAN BAHAWA EMAS & PERAK ITULAH PELINDUNG EKONOMI SEBENAR DI AKHIR ZAMAN INI.. WALLAHUALAM..


  BAGI YANG BERMINAT MEMILIKI EMAS & PERAK HUBUNGI 012-6253023 / 012-2805481


 

BUAT RENUNGAN

Abū Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a Dinār (ie, a gold coin) and a Dirham (ie, a silver coin). [This prophecy clearly anticipates the eventual collapse of the fraudulent monetary system now functioning around the world.] (Musnad, Ahmad)