SAHABAT

Selangkah Lagi Dalam Memartabatkan DInar & Dirham

Sokongan Bank Islam Berhad Terhadap Dinar & Dirham

August 17, 2010 19:19 PM

Bank Islam Hanya Tawar Khidmat Penyimpanan Dinar Emas, Mata Wang Dirham

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd, menerusi unitnya, Farihan Corp, hanya menawarkan perkhidmatan penyimpanan mata wang dinar emas/dirham di premis Ar-Rahnu di Kota Baharu dan Pasir Puteh.

Dalam satu kenyataan di sini Selasa, bank itu berkata gadaian mata wang dinar/dirham juga diterima daripada pemilik mata wang dinar-dirham, sama ada daripada Kelantan Golden Trade Sdn Bhd atau orang ramai.

"Pada masa ini, bank tidak menyediakan perkhidmatan akaun simpanan emas atau mengedar mata wang dinar/dirham dalam mana-mana bentuk transaksi," katanya.

Bank itu berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa bank itu bersetuju menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam transaksinya.

Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini melancarkan siling dinar emas dan dirham perak bernilai RM2 juta, kepada orang ramai untuk digunakan sebagai mata wang akternatif di 1,000 kedai di negeri itu.



-- BERNAMA

Kepada yang berminat untuk mula berjinak-jinak dengan emas & perak 
atau kepada yang telah mengumpul emas & perak dan ingin menambah koleksi
Sila hubungi EDA 012-6253023 atau 012-2805481

No comments:

BUAT RENUNGAN

Abū Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a Dinār (ie, a gold coin) and a Dirham (ie, a silver coin). [This prophecy clearly anticipates the eventual collapse of the fraudulent monetary system now functioning around the world.] (Musnad, Ahmad)