SAHABAT

Showing posts with label Dinar. Show all posts
Showing posts with label Dinar. Show all posts

10 DINAR SAHAJA UNTUK MENUNAIKAN HAJI TAHUN 2015

Assalamualaikum.. sebelum ni  ada artikel terdahulu saya bertajuk NILAI EMAS BERBANDING DUIT. Didalam artikel ini ade membincangkan tentang betapa Dinar boleh digunakan untuk mengurangkan kos menunaikan Haji di point no 4 berkenaan....

"4. Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 70 dinar tapi tahun 2009 hanya perlu 21 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai."
Dalam menyusuri blog teman-teman tokey emas.. terserempak dengan satu artikel yang menarik perhatian.. Artikel yang menjelaskan mengenai kaitan antara penyimpanan emas dan kos menunaikan haji.
 
Semalam mencari ilham tentang pelaburan emas . dah lama dah tak blog walking smlm takde keje sambil tgk bola gi jalan2 di alam siber ni ...dan terbaca keratan akhbar ni..fuh.. jom baca sama2...dan fikir sama2...tahun 2004 RM212 =  1 Dinar ( klik gambar utk besarkan )


then godek lagi jumpa pulak bab simpanan dinar dan Haji..( klik gambar utk besarkan )


Pendaftaran Pakej Haji 2010M/1431H pada tahun ini dibuka sekarang. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(sumber :  HajiUmrah.com)
 

Kos haji meningkat setiap tahun tu. Berdasarkan statistik 10 tahun terakhir, biaya haji menerusi Dinar terus menerus mengalami penurunan. Tahun 2000 biaya haji sekitar 70 Dinar tetapi tahun ini (2009) hanya sekitar 21 Dinar sahaja diperlukan dimana ia mengalami penurunan purata 12% setahun. 

Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2  Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!  

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.

Kesimpulan,

Mari kita menyimpan mula dengan menyimpan  1 Dinar dengan harga RM560 ( 1 Mei 2010 ) mulai hari ini dan simpan setahun paling kurang 2 keping.
 
Mudah2an kita dapat mengerjakan Rukun Islam ke 5 pada tahun 2015..Amiin.. Jom pegi haji tahun 2015  dgn 10 Dinar !!! Mari kumpul Dinar!!
 
Harga Dinar 1 April 2010 = RM557
Harga Dinar 1 Mei 2010 = RM560

Anda berminat simpan Dinar Emas boleh hubungi EDA 012 6253023.

Atau anda berminat meyimpan jongkong emas ketulenan 999.9 sila hubungi EDA 012 6253023 

sumber : wakala aura aurum 

Dinar Islam sebagai mata wang alternatif

Assalamualaikum semua...

Lama dah saya tak menulis.. mungkin dah berhabuk dan bersawang laman sesawang (website) saya ni.. hehehe... hari ni ade teman bertanya bile nak update blog ni.. (sebenarnya dah beberapa orang bertanya soalan yang sama.. hahahaha) tapi biasala.. jawapan standard, busy.. hehehe.. tapi betul kekawan.. saya agak busy  sejak kebelakangan ni dan x de idea jugak dalam masa yang sama... dalam dok belek n dok search for ilham.. ade cadangan untuk menulis write-up mengenai Saidina Umar Al-khattab.. TQ Hizwan.. even tak seratus peratus mengenai Saidina Umar Al-Khattab.. tapi ade sikit menyentuh mengenai Saidina Umar Al-Khattab.. InsyaAllah lepas ni saya akan produce artikel yg berkisar kepimpinan dan kebijaksanaan beliau..

Ok.. artikel ni saya jumpa mase tengah search for ideas.. jom kita baca artikel ni.. then hayati la betapa sebenarnya emas dan dirham ni sendiri dah diiktiraf di negara kita satu ketika tu.. tapi cuma pelaksanaan je x terlaksana di negara kita lagi.. ape-ape pon.. jom layan

Oleh:KHALID NOORSHAH (Wartawan Utusan)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melakukan satu perkara demi menobatkan Islam serta menjaga kebajikan dan kepentingan umat. Semasa merasmikan Simposium Al-Baraka Ke-20 Mengenai Ekonomi Islam baru-baru ini, beliau mencadangkan supaya dinar Islam yang diperbuat daripada emas dan bukannya kertas, digunakan sebagai mata wang umat Islam di seluruh dunia.
Apabila cadangan ini menjadi kenyataan kelak, ia akan menjadi satu tindakan bijak daripada Dr. Mahathir dalam menyatupadukan umat Islam seluruh dunia dan menangani krisis kewangan yang dicetuskan oleh para penyangak mata wang.
Di samping itu ia juga membuka pintu penyelesaian kepada kemelut umat Islam yang sudah terlalu lama bergumpal dan bergelumang dengan riba, terutamanya dalam hal-hal berkaitan kewangan dan perniagaan.
Beliau juga melihat, untuk melindungi diri daripada menjadi ratahan globalisasi, umat Islam memerlukan pasaran yang menggunakan satu mata wang untuk memanfaatkan kekayaan yang dianugerahi kepada wilayah-wilayah Islam.
Lebih penting lagi, pelaksanaan penggunaan dinar Islam itu dengan sendirinya akan mewujudkan blok perdagangan Islam yang pastinya mencetuskan kerangka baru pasaran Islam dan kewangan Islam di peringkat dunia.
Cadangan beliau itu tentunya merupakan cabaran kepada Pertubuhan Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSO) yang bakal beribu pejabat di sini.
Walaupun secara keseluruhannya, pernyataan Perdana Menteri terhadap dinar Islam itu ialah untuk mengukuhkan bank Islam dan lain-lain institusi kewangan Islam sedia ada, tetapi tidak dapat tidak, beliau membuka ruang baru untuk umat Islam bertindak.
Ketika ramai ahli ekonomi termasuk yang beragama Islam sudah tidak yakin dan beranggapan bahawa emas tidak lagi sesuai sebagai mata wang di zaman moden ini, Perdana Menteri sebaliknya tampak yakin bahawa mata wang emas dinar Islam adalah pengganti sistem wang kertas sekarang.
Sistem kapitalis Barat yang berteraskan riba telah terbukti lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat kepada negara dan umat Islam seluruh dunia.
Siapakah di antara pemimpin Islam semasa yang lebih layak daripada Dr. Mahathir menilai kemungkinan itu? Selama menjadi Perdana Menteri, beliau terpaksa menangani dua kemerosotan ekonomi dan krisis mata wang yang melanda negara.
Setelah sekian lama menggunakan sistem kewangan kapitalis Barat untuk memajukan negara dan bangsa, beliau cukup masak akan buruk baik sistem kewangan kertas yang diamalkan sekarang.
Kefahaman beliau mengenai kepentingan mata wang dan sistem ekonomi dunia sudah pun mekar dalam minda dan hatinya sejak awal tahun 1980-an lagi dan tentunya krisis mata wang Asia 1997 menjadi pemangkin kepada kebenaran kefahaman beliau.
Semasa merasmikan kursus agama anjuran Biro Agama UMNO Malaysia pada 27 November 1981 Dr. Mahathir berkata:
``Sistem kewangan dunia yang digunakan sekarang yang bergantung bukan sahaja kepada penggunaan emas dan perak, tetapi wang kertas dan cek bukanlah daripada sistem Islam.
Dari sistem ini telah wujud sistem bank, penukaran wang, surat-janji, pengadilan janji-janji perdagangan, pelaburan, eksport import, insurans dan lain-lain lagi. Sistem ini menguasai seluruh dunia sehingga kita tidak dapat tidak mesti menggunakannya.''
Ketika mengulas mengenai mata wang kertas selepas negara-negara Asia dilanda krisis kewangan, Dr. Mahathir berkata bahawa mata wang tidak boleh dijual beli kerana ia tiada nilai intrinsik (Stable ringgit seen as key to recovery. The New Straits Times 2 September 1998, salinan wawancara televisyen di alamat Internet http:// straitstimes.asia1.com.sg/klc/klc7_0902.html.
Apabila mempunyai mata wangnya sendiri, umat Islam dan negara-negara Islam akan lebih berdikari malah dapat pula mengurangkan pergantungan mereka kepada kapitalis Amerika, Inggeris dan Eropah.
Cadangan itu juga dibuat setelah masyarakat antarabangsa tidak mempedulikan gesaan Dr. Mahathir supaya dikenakan kawalan kepada pasaran pertukaran wang antarabangsa bagi melindunginya daripada penyangak mata wang.
Di samping itu, beliau juga amat sedar bahawa kekayaan yang disimpan di tangan orang lain tidak memanfaatkan orang Islam sebaliknya kekayaan orang Islam semakin hari semakin terhakis maka masanya sudah sampai untuk orang Islam melindungi kekayaannya sendiri.
Apabila dinar Islam diterima sebagai mata wang berpandukan kepada piawaian berat yang telah pun ditetapkan pada zaman Kalifah Umar al-Khattab r.a maka umat Islam seluruh dunia akan dapat menggunakannya di mana sahaja di wilayah Islam.
Umat Islam tidak perlu lagi menukar dari mata wang kertas negara yang mereka diami kepada mata wang kertas negara lain, di mana sekarang dolar Amerika Syarikat (AS) lazimnya dijadikan mata wang perantara dan menyebabkan nilai mata wang negara lain hilang di atas angin.
Menurut piawaian Umar al-Khattab r.a. berat satu dinar emas ialah 4.25 gram dan berat satu dirham perak pula ialah 3 gram manakala nisbah berat antara dinar dan dirham ialah 7 dinar hendaklah sama beratnya dengan 10 dirham.
Abu Bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Masanya akan tiba apabila tidak ada apa pun yang berguna kecuali satu dinar dan satu dirham. (Daripada Msnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).
Pentafsir al-Quran terkemuka, Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat: Wahai orang mukmin, patuhi perintah Allah dan patuhi perintah Rasullullah s.a.w dan mereka yang memerintah ke atas kamu. (Quran 4:,59) berkata, ayat itu merupakan perintah supaya mematuhi sultan berhubung dengan tujuh perkara iaitu penempaan dinar dan dirham, menetapkan timbangan dan ukuran, penghakiman, haji, solat Jumaat dan penetapan Aidilfitri dan Aidiladha serta jihad.
Penempaan dinar dan dirham merupakan tanggungjawab pertama sultan yang memerintah dan mesti pula dipatuhi. Pada muka surat 66 buku Ekonomi Mamluk: Satu Kajian dan terjemahan Al-Maqrizis Ighthah, Muslim dan Abu Dawud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Semoga Allah melindungi dirham dan qafiz Iraq, mudd dan dinar Syria dan irdabb dan dinar Mesir.
Dalam Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun mengaitkan kepentingan dinar emas dan dirham perak kepada perkara-perkara berikut iaitu zakat, perkahwinan dan penghakiman berkaitan hudud.
Cadangan Dr. Mahathir mengenai dinar emas semestinya diberi perhatian berat oleh para ulama. Sebagai pemimpin, Perdana Menteri telah memberi hala tuju untuk menyelamatkan umat Islam dan rakyat dunia ketiga daripada ditipu terus-menerus oleh sistem wang kertas.
Para ulama hendaklah menyokong beliau dan mengetengahkan semua ilmu dan tindakan yang berkaitan untuk memerangi riba. Sekiranya para ulama mengikut hala tuju yang telah ditetapkan maka Islam mengikut al-Quran dan sunah boleh dilaksanakan.
Justeru, amat penting dinar Islam diperkenalkan sebagai mata wang yang menyatupadukan umat Islam seluruh dunia dan menjadi tanggungjawab semua pemimpin Islam dan umat Islam untuk menyokong Dr. Mahathir.
Langkah ini pastinya tidak akan disokong oleh IMF dan Bank Dunia kerana ia akan menggantikan keistimewaan wang kertas terutamanya dolar Amerika Syarikat serta membebaskan umat Islam dan lain-lain rakyat Dunia Ketiga daripada belenggu dan penindasan oleh negara-negara maju.
Pelaksanaan dinar Islam akan menobatkan Dr. Mahathir sebagai seorang tokoh yang tulen memperjuangkan Islam dan umatnya dan bukannya tergolong di kalangan mereka yang memperjuangkan Islam kerana parti ataupun memperjuangkan Islam kerana taksub kepada personaliti.

SALAM EMAS SEMUA!!!

NAK EMAS CALL EDA 012-6253023




BUAT RENUNGAN

Abū Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a Dinār (ie, a gold coin) and a Dirham (ie, a silver coin). [This prophecy clearly anticipates the eventual collapse of the fraudulent monetary system now functioning around the world.] (Musnad, Ahmad)