Berita baik untuk peminat emas dan ingin menjadi tokey emas.. Inilah masa yang sesuai.. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, maka Promo utk menjadi dealer Public Gold dilanjutkan hingga ke akhir tahun 2010!! jika anda berminat boleh hubungi Eda di 0122805481 / 012-6253023…dan jangan lupa boleh bayar ansuran selama 4 bulan dan tanpa faedah ….benar..tiada INTEREST!!!, tiada RIBA…..mari sertai kami..
Promosi datang lagi!! Untuk peminat emas 20 gram, promosi datang lagi!! TAPI.... ALAMAK!!!
Tak sempat nak publish online dah ade org sambar dua2 keping... :D Dijual pada harga RM29++ dan harga sekarang dah RM3022.. dalam masa berapa hari sahaja sudah menunjukkan 'taringnya'.. Itulah penangan EMAS..
Untuk mengetahui lebih lanjut... atau untuk membeli emas sila hubungi.. EDA MD NOR di 0126253023atau 0122805481
Wah! Bestnye.. pasni tak payah bayar upah tukang untuk beli barang kemas aka perhiasan wanita-jewellery..jom layan berita kat bawah..
PUBLIC Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold), syarikat yang menawarkan pelaburan emas dalam bentuk emas fizikal menerusi anak syarikatnya, Public Jewellery menawarkan perkhidmatan pembelian dan penjualan barang kemas pada harga 15 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng, berkata orang ramai yang berminat menjadikan emas sebagai satu daripada sumber pelaburan boleh mendapatkan harga jual beli mengikut harga antarabangsa yang dikemas kini setiap 20 minit. “Kami mampu menawarkan harga belian dan jualan lebih murah kerana semua kos seperti kos upah tukang dan kedai diserap syarikat kerana setiap tempahan, pembelian dan penjualan dilakukan menerusi laman web iaitu www.publicjewellery.com.my. “Justeru, penjualan dan pembelian secara terus kepada pelanggan tanpa melalui pemborong atau orang tengah. Semua aktiviti dilakukan menerusi Internet. “Setiap tempahan tidak dikenakan bayaran dan pembayaran hanya dibuat selepas menerima barang,” katanya pada majlis pelancaran Public Jewellery serta Public Silver di Putrajaya, semalam. – Harian Metro
pastu untuk peminat-peminat logam berharga.. public silver anak syarikat PG ade keluarkan silver bar 1kg.. harga ikut harga semasa gak.. di Public Gold website. ni gambar silver bar
Ni cerita last week jugak..:) Mase tengah tunggu nak ambil stok kat Public Gold Office Bandar Sunway (hari yang sama ambil newspaper cutting entry sebelum ni)..terserempak dengan Pokli aka Sifu Emas.. Rupa-rupanya dia tengah nak buat shooting untuk Bijak Wang TV3. Entah macam mana Eda kena pulak jadi extra untuk shooting tu.. :) Pokli punya la smart-smart..kita sempoi je.. Nasib baik Pokli tanggalkan tie dia..
Anyway congratulations Pokli.... hhmmm... Eda pasal berjaya masuk TV3..walaupun jadi extra je.. oklah tu..
So sesape luar sana yang ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang ilmu Overdraft, Hartanah dan Emas silalah tonton rancangan Bijak Wang di TV3. Pada anyone yang berminat nak beli emas sila hubungi Eda di 012-6253023.
Sabtu, 6hb Februari 2010 Jam 7.00 Malam
***All still pictures are courtesy of our sweet reporter from TV3.. Ms Fara Ishak.. TQ Fara..
Dalam minggu lepas sibuk la selak-selak suratkhabar harian metro (dated 27th Jan 2010) kat PG office Sunway (sambil menunggu staff PG sediakan stok untukku..) Harga emas minggu lepas turun. So ambil peluang tambah stok le.. hehehe.. Tengah dok selak-selak tu ternampak 2 iklan dari 2 kedai emas yang berbeza promote jongkong-jongkong emas untuk para investor diluar sana. Dua-dua promote Pamp Suisse and Lady Fortuna. Hari ni (2/2/10) baru berkesempatan nak busy body sikit.. Mulut ni gatal-gatal la call nak tanya harga.
Kedai 1 : S : Selamat pagi.. Saya berminat nak beli gold bar. ade ke? J : Ade pn. Puan nak beli berapa gram punye ye puan? S : Kalau 50 grm atau 100 grm berapa harga dia? J : Kita ikut harga emas semasa. Hari ni harga emas RM146 per gram. Jadi kalau 50 grm RM7,400. 100 gram 14,600. Bila puan nak datang ye? S : Nanti dulu.. Sebab saya tengah survey harga dulu. J : Takde sebab stok ni cepat habis Puan. Takut kalau puan datang lambat kita tak ade stok nanti. S : Ok. Nanti kalau saya dah decide saya telefon balik ye. Terima Kasih.
Iklan kedai 1
Kedai 2 : S : Hello.. sya berminat nak beli gold bar la. Berapa harga hari ni? J : Hari ni harga untuk 50grm RM6,632. Kalau 100 grm RM13,000. S : Eh murah juga ye. Saya tengok harga kedai emas lain RM146 per gram. J : Oh kita ada promosi sekarang. Diskaun RM15 dari harga semasa. (which is RM146 /grm) S : Nanti kalau kita nak jual balik berapa amik ye? J : Itu ikut harga semasa (memangla!) tapi kita akan tengok waktu itu berapa management boleh amik. Tapi kena ada cert dan semua complete la ye. Pastu emas tak rosak.. S : Abis kalau calar? J : kita kena tolak lagi dari harga belian pn. S : Ooo. ok takpe la. Terima kasih.
Iklan Kedai 2. Iklan penuh satu muka surat tapi pasal jongkong emas ni kecik je dekat sebelah kanan page.. diorang tengah buat promosi besar-besaran SALE untuk jewellery items untuk outlet dia di Danga Bay.
So sekarang dah makin banyak kedai-kedai emas pun dah mula shift the trend untuk jual Gold Bar untuk pelaburan. Sebab semakin ramai orang di luar tu dah sedar akan kepentingan dan nilai emas dalam menjaga kekayaan..
Sebelum ni saya hanya bercakap apa itu emas, kenapa perlu melabur dalam emas dan etc..etc.. Jadi hari ini sesi perkenalan dengan produk-produk emas Public Gold. Bagi PG terdapat 2 jenis emas untuk dipilih. 1) Emas 99.99 terdiri daripada emas yang mempunyai ketulenan paling tinggi iaitu 24K. 2) Emas 916 yang merupakan emas 22K yang mengandungi sedikit campuran logam lain iaitu perak dan tembaga. Emas jenis ini yang selalu digunakan di dalam pembuatan barang kemas dan merupakan standard dan piawai yang digunakan dalam penghasilan dinar.
Terdapat 5 jenis PG produk bagi emas 99.99 ni. Bermula yang paling kecil ialah bar 20 gram. Diikuti dengan Bar 50 gram, Bar 100 gram dan Bar 1 kilogram. Manakala Syiling pula hanya satu iaitu Syiling 50 gram.
Produk PG dengan ketulenan emas 99.99
Manakala bagi emas yang kedua iaitu emas 916 (22K) ia dihasilkan dalam bentuk Dinar yang memiliki saiz dan standard Wang Dinar yang digunakan kerajaan Islam suatu ketika dahulu. Bagi produk Dinar terdapat 3 saiz iaitu 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.
Dinar keluaran PG
Jadi sesiapa yang berminat utk MEMBELI emas-emas diatas silalah hubungi saya di 012-6253023.
Atau sesiapa yang ingin MENJUAL emas atau barang kemas mereka silalah hubungi 012-6253023 dan Sesiapa yang ingin MENUKAR barang kemas atau apa saje jenis emas sedia ada kepada Gold Bar/Syiling PG hubungilah saya juga di 012-6253023..
Sama-samalah kita menjaga kekayaan kita daripada susut dengan membeli EMAS. Hanya Emas yang boleh membantu menaikkan dan menstabilkan kekayaan kita yang kita ada.
Abū Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a Dinār (ie, a gold coin) and a Dirham (ie, a silver coin). [This prophecy clearly anticipates the eventual collapse of the fraudulent monetary system now functioning around the world.] (Musnad, Ahmad)