SAHABAT

Kenapa Perlu Membeli Emas?

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.

Harga Emas: Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:



Pada tahun 2000 - harga emas USD280/oz
Pada 26/12/09 - harga emas USD1104.10/oz

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!.Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun). Menurut Dato' Salleh Majid dalam rancangan bual bicara Bijak Wang TV3 "Sejak 5 tahun kebelakangan ini 2005-2009, harga emas meningkat sehingga 250%." Ini bermakna purata kenaikan harga emas ialah 50% setahun. Berbanding dengan pulangan FD cuma 2-4% setahun. Pulangan daripada pelaburan emas adalah jauh lagi memberangsangkan.

Di Malaysia terdapat beberapa cara dalam pelaburan emas, Antaranya ialah:
1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Gold Investment Account Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihan bergantung kepada kesesuaian individu.

No comments:

BUAT RENUNGAN

Abū Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a Dinār (ie, a gold coin) and a Dirham (ie, a silver coin). [This prophecy clearly anticipates the eventual collapse of the fraudulent monetary system now functioning around the world.] (Musnad, Ahmad)